Wednesday 8 May 2013

MenCetUS Revolusi PemIKiran ALaF BAru

Oh Blog Aku didirikan berasaskan kepada ideologi memenuhi ruangan siber yang saban hari menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Oh Blog Aku akan berusaha untuk mencetus revolusi pemikiran alaf baru dengan segala perkongsian hidup yang penuh dengan suka duka lara dan juga rencah kehidupan dalam menuju hidup yang kekal abadi. Cetusan idea yang berbagai dan juga penuh dengan pelbagai gelodakan dan juga rintihan membuat sesiapa sahaja ingin memahami tentang unsur alam dalam kehidupan kita begitu juga dengan perjalanan sebuah kembara kehidupan yang kita lalui berbagai cabaran dan suka duka kita lalui semuanya adalah perancangan yang terbaik dan terindah daripada Yang Maha Esa. 

Oh Blog Aku mencetus revolusi dalam melakar sebuah idea dari akal fikiran yang penuh dengan kompleks yang sukar di rungkai dan difahami dan terkadang diri sendiri tidak memahami apa yang diingin apa yang ditujui apa matlamat diri, dengan merungkai bingkisan seperti ini segala terjermahan diri dipangku kan pada sebuah idea dan juga akal yang waras dan bernas. Dalam meniti sebuah kehidupan dan kembara kita usahlah apla dan leka dan ujian hidup yang membuat kita jatuh tersungkur dan lemah dalam lemas yang memerit dan meragut degupan jantung sehingga terpalit luka yang dalam yang sukar untuk difahami dan ditaksirkan dalam rentas sebuah kehidupan. 

Masa lalu? masa lalu biarkan ia terus berlalu yang ke depan dan mendepan yang perlu kita fikir agar diri kita sentiasa di atas landasan tujuan hidup kita di alam yang fana ini. Segala yang menjadi sesuatu yang sangat agung, anugerah yang terindah akan ku rungkaikan menjadi pelita pelita yang menyinar dan memberi teluk sedar pada diri kita yang bergelar insan iaitu pelupa. Dalam mendepani sebuah kehidupan penuh dengan cabaran akal budi bicara yang waras dan penuh kesaktian dari Ilahi perlu dijadikan pegangan dan pedoman hidup. 

Oh Blog Aku mencetuas revolusi dengan menjadi sebuah karya agung sebagai pedoman nasihat dan juga panduan bagi generasi akan datang untuk mencetus semangat dalam hidup bagi mengimani diri menuju sebuah cinta yang kekal abadi. Terimalah karya Agung yang bakal mendepani sebuah kehidupan yang menjadi citra hidup penuh denga segala gelodak dan duka lara sebuah kehidupan yang menjadi metropilitan dan sukar di fikir. Salam sebuah karya cetusan akal budi bicara.